Dry clean Bangi dari Prestige Wash sesuai untuk pakaian dan fabrik yang tidak boleh dibasuh dengan air biasa. Dry clean menggunakan pelarut khas untuk membuang kotoran tanpa mengecutkan saiz atau merosakkan tekstur kain. Kami beroperasi sejak 2012 dan menawarkan servis ambil dan hantar untuk pelanggan di sekitar Bangi.


Bila pakaian perlu ‘dry clean’?
Pilih dry clean untuk fabrik sensitif seperti sutera, wool, satin, linen dan baldu, serta pakaian bertatah manik atau renda halus. Cuci air biasa boleh menyebabkan kain mengecut, pudar atau hilang bentuk.
Item yang kami terima
- Jaket dan blazer lelaki atau perempuan
- Baju kurung dan baju Melayu bertatah atau songket
- Cheongsam, baju Kadazan dan pakaian tradisional lain
- Gaun malam dan pakaian pengantin
- Langsir blackout, berlapik dan eyelet
- Jubah konvo, uniform berlogo atau bersulam
- Bantal hiasan dan throw
Kawasan liputan dry clean Bangi
Seksyen 3, 4, 7 dan 9 Bandar Baru Bangi (termasuk D’Cempaka), Bangi Avenue, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Puteri Bangi (termasuk Arawani), Alam Sari (Setia Alamsari), Taman Impian Putra, Taman Universiti, Taman Bukit Mahkota, Southville City, Desa Mahkota, Putra Mahkota, Bandar Seri Putra dan kondominium sekitar UKM serta KUIS.
Dry clean jubah konvokesyen di sekitar Bangi
Kami juga menerima cucian kering jubah konvokesyen untuk pelajar dan keluarga di sekitar Bangi, termasuk kawasan UKM. Hantar gambar jubah dan tarikh konvokesyen anda melalui WhatsApp untuk semak tempoh siap dan sebut harga. Pengambilan dan penghantaran tertakluk terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, baca basuh jubah konvo Lembah Klang.
Cara servis berjalan
- Hantar gambar item dan lokasi anda melalui WhatsApp.
- Kami ambil item dari rumah anda (tertakluk terma dan syarat).
- Setiap item diperiksa dan diberi tag mengikut fabrik. Noda dirawat sebelum proses dry clean bermula.
- Item dibersihkan, digosok dan dibungkus kemas.
- Kami hantar semula, biasanya dalam tempoh 4 hingga 7 hari.
Nota penting
Kesan seperti karat, gam, minyak lama atau pewarna kekal mungkin tidak hilang sepenuhnya. Pakaian yang lama disimpan atau sudah reput mungkin tidak dapat dipulihkan. Kami tidak menanggung kerosakan sedia ada yang tidak dimaklumkan sebelum cucian.
Soalan lazim tentang dry clean Bangi
Apa beza dry clean dengan cuci biasa? Cuci biasa menggunakan air dan sabun. Dry clean menggunakan pelarut khas, jadi kain halus kurang berisiko mengecut atau berubah bentuk.
Gaun pengantin dan baju bertatah manik boleh diterima? Boleh. Kami periksa manik dan renda dahulu, kemudian beritahu risiko jika ada bahagian yang sudah longgar.
Baca juga: dry clean Semenyih, cuci karpet Bangi dan cuci langsir Bangi.
Tempah dry clean Bangi sekarang
Jangan biarkan baju kegemaran rosak kerana cucian biasa. WhatsApp kami untuk semak slot pickup dan sebut harga dry clean Bangi.
1 thought on “Dry Clean Bangi: Servis Cucian Kering Profesional”