Everyday (Friday Close) 09:00 AM - 06:00 PM

Cuci karpet Bangi oleh Prestige Wash, karpet bersih siap digulung

Cuci karpet Bangi dari Prestige Wash direka untuk rumah dan kondominium yang sibuk. Karpet yang jarang dicuci boleh menyimpan kulat, bakteria dan habuk yang menjejaskan kualiti udara di dalam rumah. Kami beroperasi sejak 2012, datang ambil karpet anda, mencucinya dan menghantarnya semula. Karpet di kondominium juga satu pelaburan untuk rumah anda, dan Prestige Wash membantu melindungi pelaburan anda dengan memeriksa bahan dahulu dan memilih kaedah cucian yang sesuai.

Soalan lazim tentang cuci karpet

Berapa kerap karpet patut dicuci? Bergantung kepada penggunaan. Rumah yang ada anak kecil, warga emas atau haiwan peliharaan memerlukan cucian lebih kerap berbanding rumah yang jarang digunakan.

Karpet tebal atau berbulu panjang boleh dicuci? Boleh. Ia hanya mengambil masa lebih lama untuk kering.

Apa yang perlu saya sediakan? Gambar karpet, jenis bahan jika anda tahu, dan lokasi pengambilan.

Kawasan cuci karpet Bangi yang kami liputi

Seksyen 3, 4, 7 dan 9 Bandar Baru Bangi (termasuk D’Cempaka), Bangi Avenue, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Puteri Bangi (termasuk Arawani), Alam Sari (Setia Alamsari), Taman Universiti, Taman Bukit Mahkota, Taman Impian Putra, Desa Mahkota, Southville City, Putra Mahkota, Kampung Bahagia, Bandar Seri Putra dan kondominium sekitar UKM serta KUIS. Kami juga menerima tempahan dari surau, masjid, pejabat kecil dan pusat pembelajaran.

Kenapa pilih kami?

  • Kaedah ikut bahan: wool, cotton, buatan kilang atau tangan dikendalikan secara berbeza.
  • Cucian extraction: kotoran disedut keluar hingga ke dasar karpet dan karpet lebih cepat kering.
  • Larutan tanpa klorin: sesuai untuk rumah dengan bayi, warga emas atau penghuni beralahan.
  • Ambil dan hantar (tertakluk terma dan syarat), dengan jadual yang boleh disesuaikan. Kami beroperasi setiap hari kecuali Ahad.

Sebelum anda tempah

Karpet yang lama, reput atau lembap mungkin mengecut atau haus selepas dicuci. Kesan degil seperti cat, darah atau najis haiwan tidak dijamin hilang sepenuhnya. Maklumkan kami tentang kerosakan sedia ada sebelum karpet diambil. Tempoh siap biasanya 7 hingga 14 hari.

Tip jika karpet terkena tumpahan

Kesat perlahan dengan kain bersih dan jangan gosok kuat kerana ia menolak kotoran lebih dalam ke serat. Jika karpet menjadi lembap, hubungi kami lebih awal supaya tidak berkulat sebelum dicuci.

Cuci karpet surau, masjid dan pejabat di Bangi

Cuci karpet Bangi oleh Prestige Wash, karpet bersih siap digulung

Kami juga menerima cucian sejadah dan karpet untuk surau, masjid dan pejabat di sekitar Bangi. Tiada kuantiti minimum untuk cucian sejadah. Hantar bilangan sejadah, atau gambar dan saiz karpet, bersama lokasi anda melalui WhatsApp untuk sebut harga. Pengambilan dan penghantaran tersedia (tertakluk terma dan syarat).

Baca juga: dry clean Bangi, cuci langsir Bangi dan cuci karpet Semenyih.

Tempah cuci karpet Bangi sekarang

Dari apartmen studio hingga rumah dua tingkat, kami boleh bantu. WhatsApp kami untuk sebut harga dan slot pickup cuci karpet Bangi.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP